Sunday, March 28, 2010

AIZAT PERCUBAAN PERTAMA


Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ini sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyayian. Walaupun muncul tanpa pakej yang lengkap, Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat, masih mampu memukau pendengar dengan kekuatan vokal yang dimiliki. Paling meninggalkan kesan, apabila Aizat mendendangkan lagu “Perpisahan” yang dipopularkan oleh Anuar Zain..

Gemersik suaranya pada malam itu membuatkan tiga pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Hattan dan Fauziah Latiff, dan pengkritik jemputan, Kudsia Kahar terpegun seketika. Malah, mereka sependapat persembahan Aizat pada malam itu sempurna sehingga Hattan mengakui bulu romanya meremang. Namun, perjuangan Aizat di dalam AF5 tidak kesampaian apabila dia disingkirkan pada minggu ketujuh.

Kini, setelah hampir dua tahun meninggalkan akademi, Aizat masih meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian. Singlenya yang bertajuk “Hanya Engkau Yang Mampu” dan “Sahabat” sering dimainkan di corong-corong radio, sekaligus berjaya melonjakkan nama Aizat di persada dunia hiburan tempatan.

Melihat kejayaan ini membuatkan Aizat memanjangkan langkahnya dengan menghasilkan album penuh yang berjudul ‘Percubaan Pertama’ yang menampilkan lapan buah lagu kesemuanya. Album ini dihasilkan di bawah syarikat milik Aizat sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Menurut Aizat yang ditemui semasa majlis pelancaran album terbarunya, album itu diilhamkan olehnya bersama adik-beradiknya yang juga mempunyai citarasa muzik dan jenis lagu yang sama sepertinya. Aizat juga mengakui albumnya itu lahir kerana dia mendapat sokongan padu daripada keluarga yang sentiasa memberi galakkan dan percaya dengan bakat yang dimilikinya.
“Album ini terhasil kerana saya mendapat sokongan padu daripada keluarga. Saya memang cukup bertuah dapat keluarga seperti ini. Mereka sentiasa percaya dengan bakat yang saya miliki dan tidak jemu-jemu memberi sokongan. Tanpa mereka, mungkin saya masih tidak mampu merealisasikan impian untuk memiliki album ini.

“Untuk album pertama ini, banyak wang dan masa yang telah dilaburkan. Kos keseluruhan adalah kira-kira RM60 ribu. Tetapi saya ketepikan soal duit kerana saya puas hati dengan kelahiran album ini kerana ia adalah hasil usaha kami sekeluarga. Kebanyakan lagu-lagu adalah hasil karya saya serta dua abang saya iaitu Muhammad Amar dan Muhammad Anas.

“Bagaimanapun, tipulah kalau saya katakan yang saya 100 peratus puas hati dengan pembikinan album ini. Sebab itulah saya namakan album ini ‘Percubaan Pertama’. Saya sedar masih banyak yang perlu saya pertingkatkan untuk menghasilkan album yang terbaik,” terang Aizat yang kini tampil dengan imej baru.

Sementara itu, menjawab isu yang mengatakan lagu-lagunya banyak dipengaruhi oleh muzik Indonesia, Aizat menjelaskan yang dia sama sekali tidak menyangka isu itu akan timbul. Bagi Aizat, muzik itu global. Oleh itu, dia pasti akan menyanyikan apa sahaja lagu jika muziknya memenuhi citarasa.

Saturday, March 27, 2010

ERTI SAHABAT..

Dalam dunia ini, hanya satu yang boleh kita percayai iaitu Allah.. Semua orang dah tahu tentang ini, tapi masih ade segelintir manusia yang mempercayai ornag lain yang mereka anggap orang yang paling mereka sayangi dan paling rapat dengan mereka.

Aku diibaratkan seperti orang tersebut sebab aku yakin orang yang paling rapat dengan kita dan orang yang kita paling sayang takkan mengkhianati kita, tapi sebenarnya salah. Aku tahu, aku bukan manusia yang sempurna, mungkin salah aku juga kalo sekiranya ade yang terasa hati atau berdendam dengan aku. Tapi persoalannya mengapa nak perlu tikam aku dari belakang , sedangkan aku tak ade niat pun nak menyakiti hati mereka. Sahabat, ini semua salah faham antara kita. Buat masa ini, mungkin sukar nakku luahkan perkataan maaf secara zahir pada kalian semua. Aku hanya mampu berdiam diri. Walaupun pelbagai dugaan yang akan aku hadapi, aku berserah pada illahi.

Aku sayangkan kamu semua, jangan pulaukan aku, jangan hina aku, jangan sisihkan aku kerana aku sentiasa sayang pada kamu semua. Maafkan segala dosa2 aku pada kamu semua. Aku harapkan, semua masalah ini akan berakhir dengan baik. insyallah... Kawan2 ini semua salah faham antara kita sahaja. Jangan lupakan kenangan indah dahulu..

AKU SAYANG KAMU..

Tuesday, March 23, 2010

WAJAH-WAJAH CERIA :)


mai secawan...hehehe


hohoho....anak dara sunti nie..bole ngorat..


wah cantiknye..anak sapelah budak nie..hohho


ala tomelnye,,,bucuk2 na..


ayu yer...hohoho...


posing model 2... macam model ke???

senyum nampak gigi ye... nak cuba2lah tuu..hehehe

FUHH.. DAH LAMA X EDIT BLOG

Lama rasanya tak edit blog..rindu sangat.. maklumlah sekarang nie tengah sibuk... minggu depan lagilah sibuk...
a
30 april nie ade lawatan ke proton and royal selangor.. teruja sangat sebab dah lama tak g wat lawatan macam nie...

1 april ade test MAF yang menggerunkan... ya allah apelah result yang bakal aku dapat nie....dahlah test 1 hancur sket....hopefully dapat dengan cemerlang untuk test 2 nie....

5 april lagi satu test IBM...membaca adalah matapelajaran kegemaranku...tapi tak pernah nak baca awal2 sebab otak ini selalunya dapat tangkap bila2 nak dekat2 test.hehehe

7 april test TAX pula...teringat puan fatimah, teringat pula kisah waktu puan fatimah ajar time diploma dahulu..garangnye...

9 april, tak abis2 lagi test, ade lagi test LAW, membaca lagilah jawabnya... tak pelah, dugaan namanya.... insyaalah dapat A lagi untuk test ketiga kali ini....amin....

13 april fuhhhh, finally test terakhirku, iaitu test FAR, subject major untuk cost BACC ini... harap2 tak wat silap untuk test kali ini.... dan harap2 jangan kantoi macam rihan dalam kelas....bole wat terkencing dalam seluar..hahahahh