Saturday, March 27, 2010

ERTI SAHABAT..

Dalam dunia ini, hanya satu yang boleh kita percayai iaitu Allah.. Semua orang dah tahu tentang ini, tapi masih ade segelintir manusia yang mempercayai ornag lain yang mereka anggap orang yang paling mereka sayangi dan paling rapat dengan mereka.

Aku diibaratkan seperti orang tersebut sebab aku yakin orang yang paling rapat dengan kita dan orang yang kita paling sayang takkan mengkhianati kita, tapi sebenarnya salah. Aku tahu, aku bukan manusia yang sempurna, mungkin salah aku juga kalo sekiranya ade yang terasa hati atau berdendam dengan aku. Tapi persoalannya mengapa nak perlu tikam aku dari belakang , sedangkan aku tak ade niat pun nak menyakiti hati mereka. Sahabat, ini semua salah faham antara kita. Buat masa ini, mungkin sukar nakku luahkan perkataan maaf secara zahir pada kalian semua. Aku hanya mampu berdiam diri. Walaupun pelbagai dugaan yang akan aku hadapi, aku berserah pada illahi.

Aku sayangkan kamu semua, jangan pulaukan aku, jangan hina aku, jangan sisihkan aku kerana aku sentiasa sayang pada kamu semua. Maafkan segala dosa2 aku pada kamu semua. Aku harapkan, semua masalah ini akan berakhir dengan baik. insyallah... Kawan2 ini semua salah faham antara kita sahaja. Jangan lupakan kenangan indah dahulu..

AKU SAYANG KAMU..

No comments:

Post a Comment