Sunday, August 1, 2010

KENDURI DI KAMPUNG BUKIT TUNGGAL

anak dara pinggitan kampung..hahahaahh



sungguh besar dan cantik dewan seri khanipah..


yang lauk paling banyak tu , makanan cik rihan...lapo eh rihan..heheheh

Tak sabar rasanya nak puasa dan selepas tu raye...sekarang pun dah terasa bahang raye..heheheh..tiap-tiap hari asyik pasang lagu raye je sambil wat segala assignment.. nak balik kampung halaman rasenye, nak wat biskut raye dengan mama...huhuhu..rindulah kampung halaman ..

semalam baru join kenduri dekat kampung bukit tunggal nie..Kenduri mak aji belakang umah ktaorang..Kampung nie sangat unite bila ade ape-ape kenduri...Bole dikatakan ade je aktiviti yang orang kampung nie wat. Minggu lepas baru jalankan sukaneka kampung.. Bole dapat kampung terhebat of the year..hehehe..
Ape-ape pun memang best sangat duduk kampung nie...Orangnye pun baik-baik belaka...

Monday, June 14, 2010

GADIS MELAYU MUSIM KE-3

Sekarang nie tengah hangat ujibakat pencarian "Gadis Melayu Musim Ke-3".. Tanggal 12 Jun 2010 ujibakat tersebut berlansung di Sungai petani Kedah, negeri tumpah darahku.... Dengan dorongan mama dan sahabat karibku, aku pergilah ujibakat tersebut, walaupun sebenarnya tak berapa nak melayu sangat..heheheh. First perasaan rasa syok giler and teruja sangat2, but after dah sampai di Village Mall ( Tempat berlangsungnye ujibakat ) mak aaaaiiii...takut giler kut.. Mana tak takut, buat dekat tengah2 shopping complex , pastu semua orang yang datang beli belah tengok kita kuttt,,, Sebelum nie diaorang wat dalam bilik tertutup dimana juri and krew2 kamera je yang tengok, nie semua orang tengok..macam2 perasaan timbul dalam diri aku nie...nak nie,,,,nak nu,,,,hahhh..

Dahlah aku nie orang first ujibakat..emmmm.. Juri yang ada pada ketika itu ialah,,,pelakon macho kita...heheh abang Zed Zaidi, Chef Liza and sorang lagi aku tak ingat nama dia... Soalan yang diajukan mak datok,,,menguji IQ sangat2...kalo yang tak bole cakap conform menangislah atas stage 2..heheheh.. Antara soalan2 yang ditanya pada aku :

1. Memperkenalkan diri.
2. Apa yang dapat anda bantu dalam pembangunan ekonomi negara kita.
3. Mengapa pelajar wanita lebih ramai dari pelajar lelaki.
4. Perkembangan ekonomi di Wang Kelian.
5. Mengapa bercita2 ingin menjadi Gabenor bank.
6. Mengapa anda masuk Gadis Melayu.
7. Bacakan doa Qunut.

Fuhh...soalan menguji minda kan kawan???heheheh..NAsib baik aku dapat jawab... Pengacara pada ketika itu ialah idris desa iaitu pengacara nasi lemak kopi O... Dia pun ade selit2 tanya aku soalan...emmm.. Komen yang diberi oleh juri....

Zed Zaidi said : Saudari Nurul Hafizah, anda memang petah berkata2 dan tahap keyakinan
anda tinggi...tapi......
Chef Liza said : Betul 2 Zed, Hafizah anda memang mempunyai high confident dan tak
gugup apabila menjawab soalan yang kami beri...tapi...

Waktu 2 dah syok giler dah, yelah dapat pujian yang macam 2..hehehe..but...emmm

THE ANSWER....anda tak layak Nurul kerana anda tidak memenuhi ciri2 gadis melayu yang kami inginkan... penampilan anda tidak sesuai untuk menyertai ujibakat ini.....

Kecewa menonggeng aku apabila diumumkan tak layak sebab aku pada waktu 2 pakai kemeja dan seluar slack, peserta yang lain semua pakai baju kurung,,,,huhuhu...memang sebelum 2 diaorang suruh tukar pakaian tapi memandangkan umah aku jauh nun jauh di alor setar...terjah and masuk jelah... Tawakal je, ade rezeki dapat, kalo tak pun tak pe,....tapi sedih lah tak dapat atas kesilapan yang macam 2...

Mungkin ade hikmah disebaliknye....Takpelah..yang penting aku ade sedikit pengalam yang dapat aku kumpul supaya aku jadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi selepas nie...

Kawan2 Jangan lupa saksikan Rancangan GAdis Melayu Musim Ke-3 yang akan disiarkan pada bulan Ogos nie...Manelah tahu Muka aku terselit sekejap ...hehehehehehe....tengok tau...Sayonara....:)

Thursday, June 3, 2010

KEPENATAN..

Cuti sem nie mesti ramai yang merancang nak pergi jalan2 dengan family, sana, sini , situ...semua nak pergi ,. betul tak?? Aku macam biasalh, nie pun baru balik kampung halamanku, mana lagi ALOR SETAR KEDAH.. Memang ade merancang nak pergi jalan2 dengan mama, tapi memandangkan sekarang tengah sibuk niaga, pagi petang sampai tak sempat nak rehat..heheh..

Penat jugalah tolong mama, tapi penat2 pun berbaloi sebab rezeki alhamdulliah memang murah sangat2.. Tulah berniaga niekn antara jalan mencari rezeki yang paling berkat..
Sekarang dekat kedah nie tengah musim panas.. panas sangat... Aku still on diet and kena jaga muka plus kulit muka.. Maklumlah bila panas2 nie, kulit muka cepat berminyak dan cepat naik jerawat.. tanggal pada 13 jun nie , sepupu aku pula nak tunang... Emmm dah nak tunang dah, cepat rasanye.. rasanye baru semalam main congkak dengan diaorang, emmm dah besar dah rupanye..

Aku terasa dah besar panjang dah aku nie, Sekarang nak masuk ke alam dewasa dah.. macam2 nak fikir.. Tak pelah habiskan belajar dulu, dan capai target.. insyallah.. Tanggal 11 Jun nie harijadi aku dan pada waktu yang sama result kuar.. Berderau darah bila terkenangkan result nie.. Hopefully lepas semuanya.. amin...

Kepenatan, mari masuk tido.. dah hampir pukul 1 pagi..zzzzzzzzz

Sunday, May 16, 2010

MENGHITUNG HARI..

Hahh...letak title je tapi tak post pun ape-ape...inilah manusia kalo dalam keadaan yang tergesa2...heheheh...ape yang dihitung oleh aku...wah ayat skema gilerlah...hooho...aku tengah hitung hari2 yang bersejarah si dia......tanggal 27 mei 2010 adalah ari bersejarah Encik Mohd Farhan bin Mohd Dah sebab pada ari tu si dia berkonvo...ayat apelah aku guna nie...heheeh... Yang aku nie sibuk je nak ikut pula...maklumlah sekali sekala..

Alhamdulliah tamat juga akhirnya kekasih hatiku belajar dan syukur dia konvo nie dengan first degree... Walaupun aku susah nak dapat first degree tapi tak pelah, at least ade juga orang terdekat aku yang merasainya,,,aku ucapkan tahniah buat si dia...

Emmm...nak bagi hadiah ape ye...heheh...jeng,jeng,jeng...rahsialah..Mana boleh gitau...hahahah.. Mana yang mampu jelah yang dapat aku berikan untuk si dia, janji dapat menjadi ari tu adalah sesuatu yang berharga buat si dia,aku dan juga familynya...

Aku doakan semoga dia berjaya dalam hidup yang bakal dia tempuhi...jangan keliru dalam menentukan hala tuju...berfikir sebelum membuat tindakan dan yang penting sebelum buat ape2 tindakan tanyalah pendapat family terlebih dahulu... Jangan lupa cepat2 masuk meminang...heheh gatal pula kau nie...

....GOOD LUCK MY LOVER....

Thursday, May 13, 2010

KISAH AKU DAN SEKOLAH..

Terlebih dahulu ingin ku ucapkan selamat hari guru yang bakal tiba pada hari Isnin ini iaitu 16 Mei..Emmm dah lama tinggal zaman persekolahan...pejam celik hampir 5 tahun juga. Tapi tak pernah ku lupakan zaman waktu persekolahan...Best sangat...hohoho

Waktu zaman sekolah dulu aku nie bukanlah pelajar favourite cikgu,,kira nakal jugalah..heheh..nakal2 pun pegang jawatan sebagai pengawas sekolah tau...nak angkat bakul sendirilah nie..heheh... Aku nie suka sangat masuk pertandingan pidato/debat waktu zaman sekolah menengah..sampailah aku rasalah adelah seorang "cikgu" nie kemungkinan tak suka dekat aku,. Mungkin sebab aku kerap sangat ponteng kelas dia... mane tak ye..alih2 ade pertandingan asyik2 kena time kelas yang dia mengajar pula..heheh..

Cikgu nie pula ajar subjek yang tak berapa den nak gomar pula "Prinsip Akaun"...tapi sekarang nie, hahhh cikgu..anak murid cikgu nie tengah amik ijazah dalam bidang perakaunan pula...hahahah..kelakar pula rasanya...yang tak minat tulah yang aku amik...isyhh..isyhh..

baru sekarang aku sedar kenapa cikgu tu serius sangat dengan aku waktu dulu....dia nak aku tumpukan pada pelajaran supaya jadi manusia yang berguna pada ibu dan ayah... Kini aku hampir menjadi "manusia" yang cikgu maksudkan itu... Ingat tu adik2, belaja betul...Jangan hampakan harapan ibu dan ayah adik2 tau...heheh iklan pula.. Cikgu Mazni, Cikgu Salina, Cikgu Azimah, Ustazah Nadzirah dan semua Cikgu2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SHARIFAH RODZIAH fizah sayang cikgu...Doakan kejayaan Fizah...Walaupun cikgu mungkin tak kenal Fizah...tak pe Fizah kenal cikgu..heheh....

KU SENTIASA KENANG MU DALAM MIMPIKU...chewwahhh...:)


Sunday, March 28, 2010

AIZAT PERCUBAAN PERTAMA


Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ini sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyayian. Walaupun muncul tanpa pakej yang lengkap, Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat, masih mampu memukau pendengar dengan kekuatan vokal yang dimiliki. Paling meninggalkan kesan, apabila Aizat mendendangkan lagu “Perpisahan” yang dipopularkan oleh Anuar Zain..

Gemersik suaranya pada malam itu membuatkan tiga pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Hattan dan Fauziah Latiff, dan pengkritik jemputan, Kudsia Kahar terpegun seketika. Malah, mereka sependapat persembahan Aizat pada malam itu sempurna sehingga Hattan mengakui bulu romanya meremang. Namun, perjuangan Aizat di dalam AF5 tidak kesampaian apabila dia disingkirkan pada minggu ketujuh.

Kini, setelah hampir dua tahun meninggalkan akademi, Aizat masih meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian. Singlenya yang bertajuk “Hanya Engkau Yang Mampu” dan “Sahabat” sering dimainkan di corong-corong radio, sekaligus berjaya melonjakkan nama Aizat di persada dunia hiburan tempatan.

Melihat kejayaan ini membuatkan Aizat memanjangkan langkahnya dengan menghasilkan album penuh yang berjudul ‘Percubaan Pertama’ yang menampilkan lapan buah lagu kesemuanya. Album ini dihasilkan di bawah syarikat milik Aizat sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Menurut Aizat yang ditemui semasa majlis pelancaran album terbarunya, album itu diilhamkan olehnya bersama adik-beradiknya yang juga mempunyai citarasa muzik dan jenis lagu yang sama sepertinya. Aizat juga mengakui albumnya itu lahir kerana dia mendapat sokongan padu daripada keluarga yang sentiasa memberi galakkan dan percaya dengan bakat yang dimilikinya.
“Album ini terhasil kerana saya mendapat sokongan padu daripada keluarga. Saya memang cukup bertuah dapat keluarga seperti ini. Mereka sentiasa percaya dengan bakat yang saya miliki dan tidak jemu-jemu memberi sokongan. Tanpa mereka, mungkin saya masih tidak mampu merealisasikan impian untuk memiliki album ini.

“Untuk album pertama ini, banyak wang dan masa yang telah dilaburkan. Kos keseluruhan adalah kira-kira RM60 ribu. Tetapi saya ketepikan soal duit kerana saya puas hati dengan kelahiran album ini kerana ia adalah hasil usaha kami sekeluarga. Kebanyakan lagu-lagu adalah hasil karya saya serta dua abang saya iaitu Muhammad Amar dan Muhammad Anas.

“Bagaimanapun, tipulah kalau saya katakan yang saya 100 peratus puas hati dengan pembikinan album ini. Sebab itulah saya namakan album ini ‘Percubaan Pertama’. Saya sedar masih banyak yang perlu saya pertingkatkan untuk menghasilkan album yang terbaik,” terang Aizat yang kini tampil dengan imej baru.

Sementara itu, menjawab isu yang mengatakan lagu-lagunya banyak dipengaruhi oleh muzik Indonesia, Aizat menjelaskan yang dia sama sekali tidak menyangka isu itu akan timbul. Bagi Aizat, muzik itu global. Oleh itu, dia pasti akan menyanyikan apa sahaja lagu jika muziknya memenuhi citarasa.

Saturday, March 27, 2010

ERTI SAHABAT..

Dalam dunia ini, hanya satu yang boleh kita percayai iaitu Allah.. Semua orang dah tahu tentang ini, tapi masih ade segelintir manusia yang mempercayai ornag lain yang mereka anggap orang yang paling mereka sayangi dan paling rapat dengan mereka.

Aku diibaratkan seperti orang tersebut sebab aku yakin orang yang paling rapat dengan kita dan orang yang kita paling sayang takkan mengkhianati kita, tapi sebenarnya salah. Aku tahu, aku bukan manusia yang sempurna, mungkin salah aku juga kalo sekiranya ade yang terasa hati atau berdendam dengan aku. Tapi persoalannya mengapa nak perlu tikam aku dari belakang , sedangkan aku tak ade niat pun nak menyakiti hati mereka. Sahabat, ini semua salah faham antara kita. Buat masa ini, mungkin sukar nakku luahkan perkataan maaf secara zahir pada kalian semua. Aku hanya mampu berdiam diri. Walaupun pelbagai dugaan yang akan aku hadapi, aku berserah pada illahi.

Aku sayangkan kamu semua, jangan pulaukan aku, jangan hina aku, jangan sisihkan aku kerana aku sentiasa sayang pada kamu semua. Maafkan segala dosa2 aku pada kamu semua. Aku harapkan, semua masalah ini akan berakhir dengan baik. insyallah... Kawan2 ini semua salah faham antara kita sahaja. Jangan lupakan kenangan indah dahulu..

AKU SAYANG KAMU..

Tuesday, March 23, 2010

WAJAH-WAJAH CERIA :)


mai secawan...hehehe


hohoho....anak dara sunti nie..bole ngorat..


wah cantiknye..anak sapelah budak nie..hohho


ala tomelnye,,,bucuk2 na..


ayu yer...hohoho...


posing model 2... macam model ke???

senyum nampak gigi ye... nak cuba2lah tuu..hehehe

FUHH.. DAH LAMA X EDIT BLOG

Lama rasanya tak edit blog..rindu sangat.. maklumlah sekarang nie tengah sibuk... minggu depan lagilah sibuk...
a
30 april nie ade lawatan ke proton and royal selangor.. teruja sangat sebab dah lama tak g wat lawatan macam nie...

1 april ade test MAF yang menggerunkan... ya allah apelah result yang bakal aku dapat nie....dahlah test 1 hancur sket....hopefully dapat dengan cemerlang untuk test 2 nie....

5 april lagi satu test IBM...membaca adalah matapelajaran kegemaranku...tapi tak pernah nak baca awal2 sebab otak ini selalunya dapat tangkap bila2 nak dekat2 test.hehehe

7 april test TAX pula...teringat puan fatimah, teringat pula kisah waktu puan fatimah ajar time diploma dahulu..garangnye...

9 april, tak abis2 lagi test, ade lagi test LAW, membaca lagilah jawabnya... tak pelah, dugaan namanya.... insyaalah dapat A lagi untuk test ketiga kali ini....amin....

13 april fuhhhh, finally test terakhirku, iaitu test FAR, subject major untuk cost BACC ini... harap2 tak wat silap untuk test kali ini.... dan harap2 jangan kantoi macam rihan dalam kelas....bole wat terkencing dalam seluar..hahahahh

Sunday, January 31, 2010

WONDER GIRLS..dream..dream...






Nobody – Wonder Girls Music Code and Lyrics Code

You Know I still Love You Baby.
And it will never change.

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
Nan dareun sarameun sirheo niga animyeon sirheo
I want nobody nobody nobody nobody

Nan sirheunde wae nal mireonaeryeogo hani jakku naemareun deutji anko
Wae ireoke dareun namjaege nal bonaeryeo hani eotteoke ireoni

Nal wihae geureotan geumar
Neon bujokhadaneun geumar
Ijen geumanhae neon nareul aljanha wae wonhajido annneungeol gangyohae

I want nobody nobody But You I want nobody nobody But You
Nan dareun sarameun sirheo niga animyeon sirheo
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You I want nobody nobody But You
Nan dareun sarameun sirheo niga animyeon sirheo
I want nobody nobody nobody nobody

Nan joheunde nan haengbokhande neoman isseumyeon dwae deo baralge eomneunde
Nugul mannaseo haengbokharan geoya nan neol tteonaseo haengbokhal su eobseo

Nal wihae geureotan geumar
Neon bujokhadaneun geumar
Mari an doeneun mariran geol wae molla niga eobsi eotteoke haengbokhae

I want nobody nobody But You I want nobody nobody But You
Nan dareun sarameun sirheo niga animyeon sirheo
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You I want nobody nobody But You
Nan dareun sarameun sirheo niga animyeon sirheo
I want nobody nobody nobody nobody

I don’t want nobody body body.I don’t want nobody body
Naneun jeongmal niga animyeon niga animyeon sirtan mallya a~

I want nobody nobody But You I want nobody nobody But You
Nan dareun sarameun sirheo niga animyeon sirheo
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You I want nobody nobody But You
Nan dareun sarameun sirheo niga animyeon sirheo
I want nobody nobody nobody nobody

RAP
Back to the days when we were so young and wild and free
Modeunge neomuna kkumman gatatdeon geuttaero doragago sipeunde
Wae jakku nareul mireonaeryeo hae
Why do you push me away.
I don’t want nobody nobody
Nobody nobody but you.

Monday, January 11, 2010

MACAM MANA NAK FAHAM LECTURER AJAR?

So complicated bila lecturer ajar student x faham.. Persoalannya, situasi ini disalahkan pada siapa??? LECTURER OR STUDENT??? Sebenarnya jawapan 2 hanya ada pada individu itu sendiri samada lecturer baikpun student...

Ianya berpunca daripada individu itu sendiri, kerana setiap masalah mereka yang hadapinya... FAKTOR2 YANG MENYEBABKAN lecturer or student ade masalah:

LECTURER:

1)Masalah personal, maybe gaduh dengan tunang and terbawa2 masalah ketika mengajar....
2)Masalah keluarga, anak ramai sangat sampai serabut otak. tak dapat nak handle and rancang perjalanan yang sempurna sebuah keluarga..
3)Masalah kewangan, duit tak cukup nak bayar banyak hutang..(htg kad kredit, htg rumah, kereta dll)
4)Masalah Dalaman, terlalu banyak sangat pressure yang dialami iaitu dari segi konflit dengan lecturer2 lain, ditambah pula dengan konflit keluarga, kewangan, personal menjadi2lah serabut hidup.

STUDENT:

1)Masalah personal, gaduh dengan boyfriend or girlfriend.
2)Masalah kewangan, duit PTPTN x cukup....

Jika dibandingkan antara individu yang banyak mengalami masala adalah dikalangan orang yang semakin hari semakin berusia kerana mereka lebih banyak memikul tanggungjawab dan bebanan. So jika kita lihat perbezaan di atas, LECTURER lebih banyak memikul masalah berbanding STUDENT... jadi sebab itulah kadang2 kita susah nk faham lecturer ajar sebab kadang2 lecturer nie terlalu banyak sangat masalah nak yang difikir dan menyebabkan semua benda nak disampaikan,,,, and student pula disebabkan tak banyak masalah nak difikirkan, so mereka lepas tangan dengan membiarkan "tak pelah aku tak faham pun x pe, nantilah belajar lain". ayat2 macam nie yang menyebabkan student selalu tertinggal ape yang sepatutnya pelajari, akhirnya terkandas di tengah jalan sebab diaorang nie nak tambah masalah.

Jadi janganlah salahkan lecturer kalo kita sendiri yang ak faham... dah tahu lecturer banyak masalah.... kerap2lah jumpa diorang, at least dapat juga input2 tambahan.. mudah2han...AMIN...